Catatan

Bila dah bergelar Seorang Isteri ...

Bismillah. Coretan kali ini mungkin boleh dianggap sebagai 'luahan hati' aku yang dah bergelar seorang isteri. Aku bukan nak luah cerita sedih atau kisah masalah rumahtangga. Jauh sekali. Nauzubillah. Aku cuma nak luah apa yang aku rasa, pengalaman aku, apa yang aku hadapi dan harapan aku. Nak luah secara kalam, tak siapa yang akan faham. Hanya mampu luah secara pena, biar tenang sikit nak lena. Haha 😂 'Ku biarkan pena menulis, menghuraikan hasrat di hati. Moga terubat segala, keresahan di jiwa yang tak pernah ku ingini.' - Lirik lagu nasyid- Aku tak tahu nak mula dari mana. Tapi biar aku 'luah' secara point. Mungkin dari awal perkahwinan hingga sekarang. Banyak pulak nak luah. hehe Berjauhan dengan keluarga. Bila dah bergelar seorang isteri, nak tak nak mesti kena ikut suami. Kecuali pasangan yang terpaksa PJJ disebabkan komitmen kerja. Siapa yang tak sedih kan bila dah kawin kena berjauhan dengan keluarga. Tapi dalam masa yang sama nak ikut suami. Rasa sedih ...

SAYONARA 2021 !

Imej
Bismillah.  ' Janganlah menatap masa lalu dengan beduka, ia tak akan kembali lagi. Hadapilah masa sekarang dengan bijaksana dan sambutlah bayangan masa depan dengan tanpa keraguan dan dengan disertai keteguhan hati.' -CP-  🥰 Alhamdulillah, dah masuk tahun baru! Welcome 2022! Disini aku nak simpulkan kenangan 2021 secara ringkas dan padat. This is my recap 2021. Bak kata orang 'biar gambar berbicara'.. hehe Pic 1 : Alhamdulillah, sah bergelar isteri kepada suami tercinta Alif Zaidi pada tarikh 28/5/2021. Majlis akad nikah yang sangat sederhana dan bermakna. ❤️  Pic 2 : Diuji Allah dengan wabak yang tak diundang. Satu keluarga kena kuarantin. Tapi alhamdulillah kami kembali sembuh sepenuhnya. Waktu ni jugak PJJ sementara dengan suami. #covid19fighter  Pic 3 : Reunited & ikut suami. Pertama kali sambut Hari Raya Haji di Kelantan dengan keluarga mertua. Alhamdulillah meriah dan kenyang makan daging korban. 😂 Pic 4 : Pertama kali dalam hidup buka buku pink. Excited ...

Pengantin PKP

Imej
Bismillah . . . Alhamdulillah pada hari Jumaat 28 Mei 2021 bersamaan 16 Syawal 1442H telah berlangsung Majlis Akad Nikah (Ijab & Qabul)  aku dan si dia di Pejabat Agama Daerah berwalikan ayah aku sendiri. Alhamdulillah, alhamdulillah thumma alhamdulillah. Terima kasih Allah telah makbulkan doa-doa kami berdua. Bukan mudah untuk sampai ke tahap ini. Tapi Maha Pengasih dan Maha Berkuasa Allah, dipermudahkan segala urusan kami dari A to Z.  Boleh tekan link di bawah untuk yang nak tahu prosedur nikah masa PKP ni. Moga bermanfaat! https://mypt3.com/borang-nikah-online Perancangan awalnya, kami nak buat akad nikah pada bulan 9 nanti. Tapi bila fikir balik macam lambat sangat, so kami bincang semula untuk awalkan. Alhamdulillah tenung punya tenung kalendar, kami setuju pilih tarikh akad nikah pada 28/5/2021 iaitu hari Jumaat. Majlis kenduri pun kami excited bincang dan buat persediaan macam-macam. Tapi apakan daya, kami hanya merancang, Allah Maha Menentukan segalanya. Apa pun ...

New Year & New Story !

Imej
 Bismillah. Tahun baru 2021. Masih ada PKP. Kes penularan covid 19 pun makin meningkat. Tapi alhamdulillah aku dan keluarga masih sihat dan moga dilidungi dari segala bencana yang tak diingini. Amin. Last but not least, I'm still single but not available. 💖 Bila sebut tahun baru, of course I have new story too. Dalam kesibukan dunia melawan virus korona, aku & encik tunang pulak sibuk plan macam-macam for our future.  Honestly, both of us memang tak ada apa-apa.  Kami tak ada duit yang banyak beribu riban. Tapi alhamdulillah, kami bekerja dan menabung sama-sama. Kami tak ada kenderaan yang mewah. Tapi alhamdulillah, encik tunang ada motorsikal dan aku ada kereta kancil (pinjam kat family..hehe). Boleh naik pegi kerja hari-hari. Rumah? Lagi la kami tak ada.. haha Tapi alhamdulillah, kami kerja dekat dengan rumah masing-masing. So sekarang duduk dengan family, tak perlu menyewa dan tak perlu keluar duit yang banyak. Alhamdulillah. Bila kami sedar kami 'tak ada apa-apa'...

First step! 💍

Imej
Bismillah,  Ku awali nukilan ini dengan lafaz "Assalamualaikum w.b.t". 'Coretan ini bukan lah untuk tatapan mereka, tetapi untuk menjadi kenangan indah kita bersama.' ❤️ Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah!  24/12/2018 - Permulaan segala kisah! 27/11/2019 - Merisik ✨ (Tarikh konvo uni) 11/7/2020 - Majlis Bertunang!💍 Counting for next step 2021 for u to be mine forever 🥰 Pertemuan yang tidak disangka-sangka menjadi pertemuan yang sangat indah dalam perjalanan hidup ini. Perjalanan yang Allah permudahkan diiringi restu dan redha kedua-dua keluarga. Alhamdulillah!  Terima kasih semua! Fasa pertunangan bukan lah mudah dan remeh untuk diharungi, tetapi harus kuat dan percaya serta setia menjadi pegangan pendirian bersama. Moga di saat Allah kirimkan ujian itu, kita tetap teguh dan utuh. Kerana kita sudah berjanji untuk bercinta sampai ke syurga-Nya. ❤️  Terima kasih abang untuk segala permulaan keberanian meluahkan hasrat di hati, menjadikan hati ini jua tersent...

New Book, New Story !

Bismillah.. Nukilan ini ditulis saat dunia digemparkan dengan Covid19 . Wabak yang telah disebut dalam hadis Nabi S.A.W. Dan rakyat Malaysia sekarang ni dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau bahasa mudahnya duduk rumah dan tak boleh keluar. #juststayathome So sepanjang tempoh pkp ni, aku decide nak menulis semula dekat blog ni. Terbatas segala pergerakan. Hanya duduk dekat rumah sampai otak tepu tak tau nak buat apa. At least, menulis ni boleh isi masa terluang kan. Dulu blogging sorang-sorang. But now dah ada partner ! Welcome my partner :) So, In sha Allah blog ni akan ada dua pengarang nak berceloteh. Moga segala perkongsian di sini bermanfaat untuk kita semua ! p/s : stay at home & stay safe.