Pengantin PKP

Bismillah . . .

Alhamdulillah pada hari Jumaat 28 Mei 2021 bersamaan 16 Syawal 1442H telah berlangsung Majlis Akad Nikah (Ijab & Qabul)  aku dan si dia di Pejabat Agama Daerah berwalikan ayah aku sendiri. Alhamdulillah, alhamdulillah thumma alhamdulillah.

Terima kasih Allah telah makbulkan doa-doa kami berdua. Bukan mudah untuk sampai ke tahap ini. Tapi Maha Pengasih dan Maha Berkuasa Allah, dipermudahkan segala urusan kami dari A to Z. 

Boleh tekan link di bawah untuk yang nak tahu prosedur nikah masa PKP ni. Moga bermanfaat!

https://mypt3.com/borang-nikah-online

Perancangan awalnya, kami nak buat akad nikah pada bulan 9 nanti. Tapi bila fikir balik macam lambat sangat, so kami bincang semula untuk awalkan. Alhamdulillah tenung punya tenung kalendar, kami setuju pilih tarikh akad nikah pada 28/5/2021 iaitu hari Jumaat. Majlis kenduri pun kami excited bincang dan buat persediaan macam-macam. Tapi apakan daya, kami hanya merancang, Allah Maha Menentukan segalanya. Apa pun bersyukur sangat kami telah sah bergelar sebagai suami Isteri <3

Terima kasih buat semua yang terlibat memudahkan urusan kami berdua hingga ke hari ini. Terutama sekali buat Umi Abi dan Ibu Ayah yang merestui hubungan kami hingga kami ke jinjang pelamin. Moga Allah sentiasa rahmati mereka. Amiin.


Selepas selesai akad nikah di PADK.


Suasana semasa akad nikah di PADK.
Akad nikah dekat luar je sebab pengantin ramai yang nak akad hari yang sama.

Pelamin impian ku menjadi. Alhamdulillah. Pelamin by Yana Creation


Pemberianku buat En.Suami sebentuk cincin batu permata hijau.


En. Suami beri seutas rantai emas, pemanis hiasan tangan. Henna by Putri Azy


Bersalaman buat kali pertama setelah bergelar suami isteri.
Suamiku, bimbinglah diriku dan pimpinlah tanganku menuju syurga-Nya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bila dah bergelar Seorang Isteri ...

New Book, New Story !