Bila dah bergelar Seorang Isteri ...

Bismillah.

Coretan kali ini mungkin boleh dianggap sebagai 'luahan hati' aku yang dah bergelar seorang isteri. Aku bukan nak luah cerita sedih atau kisah masalah rumahtangga. Jauh sekali. Nauzubillah. Aku cuma nak luah apa yang aku rasa, pengalaman aku, apa yang aku hadapi dan harapan aku. Nak luah secara kalam, tak siapa yang akan faham. Hanya mampu luah secara pena, biar tenang sikit nak lena. Haha 😂

'Ku biarkan pena menulis, menghuraikan hasrat di hati. Moga terubat segala, keresahan di jiwa yang tak pernah ku ingini.' - Lirik lagu nasyid-

Aku tak tahu nak mula dari mana. Tapi biar aku 'luah' secara point. Mungkin dari awal perkahwinan hingga sekarang. Banyak pulak nak luah. hehe


Berjauhan dengan keluarga.

Bila dah bergelar seorang isteri, nak tak nak mesti kena ikut suami. Kecuali pasangan yang terpaksa PJJ disebabkan komitmen kerja. Siapa yang tak sedih kan bila dah kawin kena berjauhan dengan keluarga. Tapi dalam masa yang sama nak ikut suami. Rasa sedih tu sebab tak boleh dah tinggal lama di rumah keluarga sendiri. Tak boleh kembali macam dulu. Zaman kita bujang dulu. Balik rumah keluarga bila masa suami dapat cuti. Macam aku, keluarga aku tinggal di Kedah. Aku sekarang ikut suami tinggal di Kelantan. Bila suami aku dapat cuti saja baru aku boleh balik Kedah. Jenuh jugak atur cuti suami, sebab dapat cuti 12 hari saja setahun. Nak bahagi untuk cuti event family dua belah pihak, cuti raya, cuti aku nak bersalin dan lain-lain. Akhirnya cuti untuk balik ke Kedah hanya tinggal 2 hari. Apa pun alhamdulillah. Aku luah bukan aku tak bersyukur, malah aku bersyukur dan redha dapat tinggal sebumbung dengan suami. Dapat belaian kasih sayang suami. Ada pasangan yang terpaksa PJJ. Tak sanggup pulak rasanya nak berjauhan dengan suami. Jadi aku memilih untuk bersyukur dan redha. 

Lepaskan kerjaya.

Bila dah bergelar seorang isteri, macam aku tulis point di atas tadi. Nak tak nak kena ikut suami. Bagi wanita yang bekerja sebelum kawin macam aku terpaksa lepaskan kerjaya. Memandangkan aku bekerja di syarikat swasta/persendirian, tanpa ragu aku terpaksa lepaskan jawatan aku masa tu. Gaji aku tak seberapa, tapi cukup sangat untuk tampung perbelanjaan aku waktu aku bujang dulu. Tapi bila dah kawin dan aku memang rancang akan ikut suami, ada yang perlu dikorbankan iaitu kerjaya aku. Aku sedih jugak bila terpaksa letak jawatan sebagai Pembantu Pegawai Tadbir (Pejabat) sebab suasana kerja aku tak stress, hubungan semua staf dah macam keluarga, bos pulak baik dan jaga kebajikan pekerja. Memang seronok kerja di situ. Tapi apakan daya, mungkin rezeki aku yang lebih baik ada di tempat lain. In sha Allah. Moga Allah murahkan dan lipat gandakan rezeki buat aku dan suami.

Tinggal dengan keluarga mertua.

Bila dah bergelar seorang isteri, nak tak nak kena ikut suami nak bawa kita tinggal di mana. Mungkin ramai yang tak bersetuju untuk tinggal dengan keluarga mertua selepas nikah. Sebab ramai yang berpendapat lebih banyak buruk dari baiknya tinggal dengan mertua. Bergaduh menantu dengan mertua, bergaduh dengan ipar duai, tak selesa, tiada privacy dan lain-lain. Tapi alhamdulillah sepanjang aku tinggal dengan mertua tak berlaku lagi perkara buruk yang aku sebut tadi dan kalau boleh mintak jauh dari semua tu. Alhamdulillah aku dapat mertua yang sangat baik, adik ipar pun baik, tak ada nak perli atau mengata yang buruk pasal aku dan aku ada ruang aku sendiri untuk jaga privacy aku dan suami. 

Bukan kami tak rancang nak tinggal mana selepas nikah, macam - macam dah kami rancang. Tapi kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan segalanya. Sebelum nikah lagi kami dah rancang nak tinggal di rumah sewa berdekatan rumah mertua. Suami aku siap bincang dengan owner rumah. Sewa pun agak murah. Aku excited sangat nak duduk rumah sendiri walaupun sewa dulu. Tapi lepas nikah, owner rumah tak jadi bagi sewa sebab nak buat homestay. Kami berdua cuba cari rumah lain, tapi semuanya mahal dan lari dari bajet kami. Tambahan pulak duit simpanan kami banyak yang dah habis untuk urusan nikah. Bila jadi macam tu, ibu bapa mertua aku suruh kami tinggal di rumah mereka sementara waktu.

Suami aku pada mulanya bercadang nak duduk di rumah mertua sebulan/2 bulan sementara cari rumah sewa sebab dia tahu aku mungkin tak selesa tinggal lama-lama di situ. Tapi sebulan duduk dengan mertua, dapat tahu aku dah mengandung 5 minggu. Alahan dan mabuk aku waktu tu teruk sangat. Nak masak apa semua tak boleh. Alahan aku bila bau orang tumis atau goreng makanan, aku mula muntah - muntah dan pening. Ibu mertua aku mula risau tengok keadaan aku macam tu. Dia suruh kami tinggal situ terus sampai aku bersalin nanti. Dia kata kalau apa-apa jadi dia boleh tengokkan waktu suami aku pergi kerja. Bapa mertua aku setuju, suami aku pun setuju. Aku? Aku iyakan saja sebab risau jugak keselamatan dan kesihatan diri aku. Almaklum lah, first time alahan mengandung.

Bila lama-lama tinggal dengan mertua, aku mula rasa selesa dan dalam masa yang sama aku rasa bersalah yang teramat sangat dengan keluarga mertua aku. Aku tak tau la kalau aku yang overthinking atau memang aku patut rasa bersalah. Mana tak nya, aku ni dengan tak kerja lepastu alahan teruk sampai tak boleh masak, mampu tolong sikit-sikit saja, tak boleh buat kerja berat, kau rasa mesti la nampak aku duduk saja kan? Kadang tu sampai rasa aku ni tak berguna dan jadi beban yang datang menumpang dekat keluarga orang. Sedih. 

Last but not least, aku masih mengharapkan kami dapat pindah secepat yang mungkin dan duduk rumah sendiri samada beli atau sewa. 


Sincerely,   

Wife













Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengantin PKP

New Book, New Story !