Pengantin PKP
Bismillah . . . Alhamdulillah pada hari Jumaat 28 Mei 2021 bersamaan 16 Syawal 1442H telah berlangsung Majlis Akad Nikah (Ijab & Qabul) aku dan si dia di Pejabat Agama Daerah berwalikan ayah aku sendiri. Alhamdulillah, alhamdulillah thumma alhamdulillah. Terima kasih Allah telah makbulkan doa-doa kami berdua. Bukan mudah untuk sampai ke tahap ini. Tapi Maha Pengasih dan Maha Berkuasa Allah, dipermudahkan segala urusan kami dari A to Z. Boleh tekan link di bawah untuk yang nak tahu prosedur nikah masa PKP ni. Moga bermanfaat! https://mypt3.com/borang-nikah-online Perancangan awalnya, kami nak buat akad nikah pada bulan 9 nanti. Tapi bila fikir balik macam lambat sangat, so kami bincang semula untuk awalkan. Alhamdulillah tenung punya tenung kalendar, kami setuju pilih tarikh akad nikah pada 28/5/2021 iaitu hari Jumaat. Majlis kenduri pun kami excited bincang dan buat persediaan macam-macam. Tapi apakan daya, kami hanya merancang, Allah Maha Menentukan segalanya. Apa pun ...