New Year & New Story !
Bismillah.
Tahun baru 2021. Masih ada PKP. Kes penularan covid 19 pun makin meningkat. Tapi alhamdulillah aku dan keluarga masih sihat dan moga dilidungi dari segala bencana yang tak diingini. Amin. Last but not least, I'm still single but not available. π
Bila sebut tahun baru, of course I have new story too. Dalam kesibukan dunia melawan virus korona, aku & encik tunang pulak sibuk plan macam-macam for our future.
Honestly, both of us memang tak ada apa-apa.
Kami tak ada duit yang banyak beribu riban. Tapi alhamdulillah, kami bekerja dan menabung sama-sama.
Kami tak ada kenderaan yang mewah. Tapi alhamdulillah, encik tunang ada motorsikal dan aku ada kereta kancil (pinjam kat family..hehe). Boleh naik pegi kerja hari-hari.
Rumah? Lagi la kami tak ada.. haha Tapi alhamdulillah, kami kerja dekat dengan rumah masing-masing. So sekarang duduk dengan family, tak perlu menyewa dan tak perlu keluar duit yang banyak. Alhamdulillah.
Bila kami sedar kami 'tak ada apa-apa', so kami start bincang macam mana nak buat. Nak kawin, tapi kena yakinkan family dua belah pihak. Kena ada harta benda. At least ada duit untuk kehidupan lepas kawin & ada kenderaan yang selesa untuk bergerak. Finally, kami decide untuk kumpul duit sama-sama. At least nampak duit tu berkumpul..haha
Sambil kumpul duit tu ada jugak bincang, samada nak beli kereta sebelum atau selepas kawin? Kalau beli sebelum, nanti duit nak kawin tak cukup. Nak beli kereta buat loan bank pun tak lepas dengan gaji masing-masing yang tak berapa meriah ni. Tapi, kalau beli kereta selepas kawin, akan makan masa lama jugak untuk beli kereta pertama kami. Nak naik apa pulak kalau nak balik kampung jauh-jauh? Bas? Dan macam-macam lagi la yang kami bincang. Last-last kami decide untuk hold dulu beli kereta. Fokus kumpul duit untuk kawin dulu. #Tawakal.
Dalam hal ni, encik tunang aku ni la paling yang risau. Dia kata dia lelaki, dia yang kena usaha semua tu. Tapi dia tak ada apa-apa. Dia sedih, katanya takut susahkan aku. Tapi bagi aku, aku pun tak ada apa-apa. Tak kan hanya melihat encik tunang usaha sorang-sorang sambil makan popcorn. Haish, that's not my prinsip. For me, kita usaha bina mahligai kita sama-sama. Dari kita tak ada apa-apa sampai la kita punya segalanya! Baru la rasa nikmat susah & senang tu. But please, jangan ambil kesempatan atas kebaikan. I believe on you my fiance. May Allah bless & ease us. Amin π
Nak dijadikan cerita, Maha Pengasih dan Maha Mendengar Allah atas doa-doa kami berdua. Alhamdulillh, encik tunang dapat beli kereta baru ni! Pada 18 Januari 2021 bersamaan 5 Jamadilakhir 1442 telah hadir Perodua Alza in our journey #roadtonikah π. Syukur, terharu, gembira semua ada. Walaupun kereta secondhand, tapi masih cantik & nampak baru! Tak sangka ini yang Allah takdirkan untuk kami. Indah dan bermakna.
Apa yang buat kami bertambah lega, tak perlu berhutang dengan bank tapi berhutang dengan ayah si dia. Tak la rasa terbeban sangat sebab boleh bayar sikit-sikit. Encik tunang pinjam duit dengan ayah untuk beli kereta biasa pada mulanya, tapi ayah bagi lebih untuk pilih kereta yang lebih selesa. Alhamdulillah, kereta ini yang terbaik untuk kami. Boleh la sumbat banyak barang nak balik kampung & jalan jauh nanti. Gembira gembira jugak, boleh dah start bayar hutang kereta π
Betul, kita hanya mampu merancang yang kita rasa terbaik untuk kita, tapi takdir yang Allah tetapkan untuk kita itu jauh lebih baik. So we have our first car before nikah! Ada kereta done!π Next fokus kumpul duit #roadtonikah.
Dah 3 posting kat blog ni, semuanya dari HH. Si dia hanya pembaca setia.. haha ππ


Ulasan
Catat Ulasan