Catatan

First step! 💍

Imej
Bismillah,  Ku awali nukilan ini dengan lafaz "Assalamualaikum w.b.t". 'Coretan ini bukan lah untuk tatapan mereka, tetapi untuk menjadi kenangan indah kita bersama.' ❤️ Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah!  24/12/2018 - Permulaan segala kisah! 27/11/2019 - Merisik ✨ (Tarikh konvo uni) 11/7/2020 - Majlis Bertunang!💍 Counting for next step 2021 for u to be mine forever 🥰 Pertemuan yang tidak disangka-sangka menjadi pertemuan yang sangat indah dalam perjalanan hidup ini. Perjalanan yang Allah permudahkan diiringi restu dan redha kedua-dua keluarga. Alhamdulillah!  Terima kasih semua! Fasa pertunangan bukan lah mudah dan remeh untuk diharungi, tetapi harus kuat dan percaya serta setia menjadi pegangan pendirian bersama. Moga di saat Allah kirimkan ujian itu, kita tetap teguh dan utuh. Kerana kita sudah berjanji untuk bercinta sampai ke syurga-Nya. ❤️  Terima kasih abang untuk segala permulaan keberanian meluahkan hasrat di hati, menjadikan hati ini jua tersent...

New Book, New Story !

Bismillah.. Nukilan ini ditulis saat dunia digemparkan dengan Covid19 . Wabak yang telah disebut dalam hadis Nabi S.A.W. Dan rakyat Malaysia sekarang ni dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau bahasa mudahnya duduk rumah dan tak boleh keluar. #juststayathome So sepanjang tempoh pkp ni, aku decide nak menulis semula dekat blog ni. Terbatas segala pergerakan. Hanya duduk dekat rumah sampai otak tepu tak tau nak buat apa. At least, menulis ni boleh isi masa terluang kan. Dulu blogging sorang-sorang. But now dah ada partner ! Welcome my partner :) So, In sha Allah blog ni akan ada dua pengarang nak berceloteh. Moga segala perkongsian di sini bermanfaat untuk kita semua ! p/s : stay at home & stay safe.